Latar Belakang Kampung Atas

Kampung Atas atau nama Asalnya ialah kupuo Somu, telah wujud sebelum kedatangan British lagi. Pada mulanya Kupo Somu terdiri daripada 6 buah rumah panjang yang terletak di sebuah kawasan penetapan asas di Gunung Singai di mana setiap rumah dinamakan mengikut orang yang menjadi ketua di rumah tersebut.

Nama "Kupo somu" synonim dengan kedudukannya yang teratas berbandingan dengan kampung-kampung lain yang sama wujud di kawasan persekitarannya. Kini "sebutan Kupo" telah di terjemah kedalam bahasa malaysia yang bermaksud kampung Atas dan di gunapakai hingga ke hari ini.

Pada tahun 1975, Penduduknya mula berpindah secara beransuran ke kawasan tanah rendah dan membina kediaman di tapak-tapak yang mereka telah terokai lama sebelumnya kerana mereka lebih selesa darisegi pergerakkan dan dengan terdapatnya kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian, serta dekat dengan pusat-pusat pentadbiran dan sekolah.

Penduduk kampung terdiri dari rata-rata kaum Bidayuh yang menganuti Agama Kristian namun terdapat juga kaum-kaum lain yang berkahwin dan menetap di sini seperti Iban, Melayu, Cina, Melanau dan orang ulu tetapi bilanganya kecil sahaja.

Kebanyakan penduduk adalah petani yang berkebun secara-kecil-kecilan dan tidak kurang juga yang berkerja dengan kerajaan, sektor swasta dan berbagai lagi urusan di Bandar seperti Kuching.

Dengan adanya kemudahan infrastruktur seperti jalan-jalan Raya, klinik, sekolah, bekalan air dan api kini kampung mula berkembang dari segi penambahan penduduk dan rumah-rumah kediaman.Ramai yang memilih untuk tingal di kampung dan berulang alik ke tempat kerja dengan kenderaan masing-masing namun tidak dinafikan ada yang diam di bandar tetapi mereka sering balik pada hujung minggu dan masa cuti.

Perbagai program dan aktiviti sosial telah di rancang dan di lakukan supaya melalui aktiviti-aktiviti yang perbagai mereka dapat mengenali diantara satu sama lain sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka dan secara langsung atau tak langsung dapat menwujudkan lagi sesuana kehidupan yang lebih aman dan sentosa.